Kamera web
Kamera web

Kamera web

Webcam merupakan peranti video yang disambung kepada komputer atau rangkaian komputer, sering kali melalui port USB atau, jika bersambung dengan jaringan, ethernet atau Wi-Fi. Sesetengah komputer riba memiliki webcam bersepadu yang boleh membawa masalah kerana ia tidak boleh dilumpuhkan secara fizikal, sekiranya dirampas oleh perisian Trojan Horse / pengintip.Kegunaan paling popular adalah bagi videotelephony, membenarkan komputer bertindak sebagai videophone atau stesyen persidangan video. Ini boleh digunakan dalam perisian perutusan seperti perkhidmatan perutusan Windows Live Messenger, Skype dan Yahoo!. Kegunaan popular lain, yang termasuk rakaman fail video malah gambar, boleh dicapai melalui banyak perisian, applikasi dan peranti komputer.Webcams terkenal kerana kos pengilangan rendah dan kepelbagai guna,[1] menjadikan ia bentuk telefon video termurah.Istilah 'webcam' juga boleh digunakan dalam bentuk asal kamera video bersambung kepada Web berterusan untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan, dan bukannya intuk sesi tertentu, biasanya memberikan pemandangan bagi sesiapa yang melawat laman webnya melalui Internet. Sesetengah darinya, sebagai contoh, yang digunakan sebagai kamera trafik di talian, adalah kamera video profesional yang mahal, dan lasak.